Perempuan .
Akan ada satu masa dia menangis teresak-esak tanpa dia ketahui puncanya .
Mungkin kerana menyesali kesilapan lampaunya ?
Mungkin kerana berkecil hati dengan orang sekelilingnya ?
Mungkin kerana hatinya perit kerana sering disakiti oleh insan bergelar lelaki ?
Mungkin juga kerana hormonnya yang tidak seimbang ?
Mungkin juga .
Entah mengapa . Tidak tahu bila . Hati ini terdetik untuk belajar mencintai Ilahi dengan sepenuh hati tanpa meninggalkan sedikit pun ruang untuk insan bernama lelaki ajnabi . Biarkan aku terus istiqamah dalam mengejar cinta Ilahi . Aku inginkan syurga-Nya . Aku tidak mahu neraka-Nya . Dalam hati ini hanya ada Allah , Rasulullah , keluarga dan sahabat . "Macam tengah putus cinta je" mungkin itu yang bermain dalam fikiran korang sekarang , kan ? Tidak . Masakan aku putus cinta , jatuh cinta jugak tidak .
Sekarang ni aku hanya fikirkan masa depan . Lepas dapat result Spm , in shaa Allah aku ingin sekali melanjutkan pelajaran di Matrikulasi dalam bidang perakaunan . Memang aku ambil science stream masa Spm masa tu . Dalam masa yang sama aku pun ambil Akaun . Aku lebih cenderung pada Akaun . Aku mula jatuh cinta dengan subjek Akaun sejak aku tuisyen dengan Mr.Sugu . Siapa tak kenal Mr.Sugu ? Aku tabik betul dekat Sir sebab cara Sir ajar tu , buatkan pelajar yang tak minat Akaun , mula minat dengan Akaun .
Okay berbalik pada cerita Matrikulasi . Lepas habis Matrik , in shaa Allah aku sambung Degree . Lepas graduate , aku akan bekerja . Bekerja dekat mana ? Manalah aku tahu . Aku baru plan je . Lepas bekerja dalam beberapa tahun , aku nak sambung Master . In shaa Allah masa tu baru aku cari bakal suami . Kalau malas sangat , aku minta tolong jelah dengan ayah aku . Ayah aku ramai kenalan . Kot kot dapat anak tok imam ke . Hihihi *menggatal je kau Azie* . Mama aku kata , kalau nak cari suami tu , carilah yang lebih tua beberapa tahun daripada kita . Dan yang paling penting , lelaki tu mesti berpegang kuat dengan ajaran Islam . Sebab kalau dia berpegang kuat dengan Islam , maksudnya dia seorang yang bertanggungjawab pada diri sendiri . Pada masa yang sama , dia akan bertanggungjawab kepada orang di sekelilingnya .
" HALAL ITU LEBIH INDAH "
Cinta selepas nikah lebih indah . Ya . Aku sokong 120% .
No comments:
Post a Comment