Assalamualaikum semua . Mashaa Allah . Dah lama tak update blog
. Alhamdulillah hari ini aku berkesempatan untuk tulis something dalam blog terchenta *kiss lappy* .
HIJRAH . Apa yang pendapat korang tentang hijrah ? Bagi aku , hijrah adalah suatu titik permulaan bagi seseorang yang jahil seperti aku untuk melangkah masuk ke dalam pintu redha sang Pencipta . Ana bukanlah seorang pemakai tudung labuh . Dan bukanlah seorang niqaber . Hanya seorang Hawa yang ingin mendapat redha Sang pemilik nyawa .
Biar aku kongsikan sedikit pengalaman mengenai hijrah aku . Bukan untuk menunjuk , hanya untuk berkongsi detik manis ini :) Aku memang sejak kecil dididik untuk memakai tudung labuh ke paras bawah dada dan dididik untuk menjaga solat . Apabila sudah meningkat remaja , masa tu tingkatan 2 , baru terdetik hati untuk menyempurnakan penutupan aurat iaitu memakai stoking . Buat Muslimah di luar sana , kaki juga merupakan aurat . Buat yang sudah tahu tetapi masih tidak hirau , awak , ajal tak kira usia . Tutuplah aurat walaupun terpaksa . Kerana kadangkala yang baik itu sifatnya terpaksa . Kalau nak tunggu hati terbuka , bila hati awak nak terbuka ? :')
Bila dah menjejakkan kaki ke tingkatan 5 , mula memakai 'handsocks' ataupun stongan . Dan sekarang sedang berjinak-jinak untuk memakai tudung labuh . In Hihiks comel kan bunyi nya . Macam kucing . Eh tetiba . Hanya berjinak-jinak . In shaa Allah bila tiba waktu untuk pakai tudung labuh , aku akan pakai . Sahabat aku pernah bertanya kenapa perlu pakai tudung labuh sedangkan tudung aku sudah menutup dada ? Ya duhai sahabat , benar . Tetapi bila pakai tudung labuh , In shaa Allah maruah akan lebih terjaga *kenyit mata* .
Sahabat , berhijrah bukan bererti seseorang itu alim . Maksud alim yang sebenar ialah seseorang yang mempunyai banyak ilmu . Contoh ? Umm aha ! Contohnya Tuan Guru Nik Aziz . Beliau merupakan ulama' terkemuka . Sebut sahaja nama beliau , semua orang kenal . Mengapa ? Kerana beliau telah berusaha untuk menegakkan undang-undang Allah di bumi fatamorgana ini . Bukan ingin bercerita tentang politik , tetapi inilah hakikatnya . Beliau seorang yang tidak pernah meninggalkan solat malamnya . Di saat semua insan sedang nyenyak tidur diulit mimpi , beliau bangun . Memutuskan semua ikatan syaitan demi untuk bersujud pada Allah . Adakah kita begitu ? Jika ditanya pada aku , jawapan aku ialah tidak . Aku tidak begitu . Aku tidak selalu bangun malam . Aku tidak mempunyai ilmu sebanyak beliau . Siapalah aku jika dibandingkan dengan beliau . Aku umpama sebutir pasir tak bermakna sedangkan beliau ialah permata yang berkilauan .
In shaa Allah sama samalah kita muhasabah diri . Maaf andai aku ada tersalah bicara . Maaf juga andai aku bersikap lantang dalam menyuarakan pendapat . Yang baik datangnya daripada Allah . Yang buruk itu kelemahan aku sendiri . Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog ini . Hihi Wassalamualaikum warahmatullah :)