Kiss The Rain

Thursday, 20 February 2014

Tips Hilangkan jerawat

          Assalamualaikum uolss *tetiba menggedik pulak ken* . Okay entry kali ni aku nak share tentang . . . JENG JENG JENG !




                                   TIPS MENGHILANGKAN JERAWAT


         " Hek eleh . Tips hilangkan jerawat je pun . Kecoh lah minah ni . Setakat tips hilangkan jerawat , nenek aku pun tahu ." Hahaha okay aku nak share je pun . Engkau tu yang kecoh . Tak suka , kau boleh blah . Okay okay aku nak share tips , bukan nak cari gaduh . Peace no war .


          Aku percaya dengan bahan semula jadi . Jadi , kalau boleh semua benda yang aku nak guna , aku akan cari bahan semula jadi . Kalau ada jerawat timbul , saat tu juga aku akan menggeledah fridge mama dan cari sampai dapat . Tak kira sama ada PEREMPUAN atau LELAKI , kalau jerawat tumbuh , mesti rasa macam "adui kenapa kau tumbuh" . Takpun tetiba rasa down . Bila nak jumpa orang pun , kurang keyakinan diri untuk tampil ke hadapan . Sebab tu aku nak share benda ni kat korang walaupun benda ni ramai yang tahu .


          Sebelum korang pakai masker yang bakal aku tunjukkan , terlebih dahulu korang perlu mencuci muka dengan pembersih muka . Kemudian , wapkan muka korang dengan steamer . Tak pun , korang ambil satu mangkuk , isikan dengan air panas , dan kemudian rapatkan muka korang ke mangkuk tersebut . Biarkan wap dari air panas tu menerjah ke wajah korang sehingga liang pori terbuka supaya masker tadi meresap jauh ke dalam kulit  .


        Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam -macam warnanya , di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia . Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkannya (An-Nahl : 69 )

         

       


            Dekat rumah aku dah tersedia madu Anugerah ni . Aku suka madu ni kerana ianya telah dibacakan 30 Juz ayat Al-Quran . Bagi aku , madu ni telah dibacakan ayat Al-Quran , jadi selain dapat menghilangkan jerawat , ianya juga dapat menaikkan seri wajah . Kalau pakai madu biasa pun boleh . Baca Al-Fatihah , Ayat Kursi dan selawat . Aku suka pakai madu ni jadikan masker . Caranya sapu MADU ke seluruh wajah . Kalau tak nak pakai dekat area mata pun tak apa . Tapi aku lebih suka pakai seluruh muka sebab madu ni bukan pedih pun kalau kena mata . Pakai dalam 45 minit macam tu .


          Antara fungsi madu dan peranannya :-

1) Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan .
2) Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia .
3) Campurkan sedikit cuka untuk merawat arthirik sendi .
4) Sapu pada muka (masker) untuk merawat jerawat mahupun melembutkan kulit .
5) Sapukan pada luka sama ada kemalangan, lecur, terbakar atau apa sahaja kecederaan luaran .
6) Menjadi sumber tenaga dalaman yang sangat berkesan dan hebat tidak seperti gula pasir .
7) Boleh merawat ulcer dalam perut akibat sistem penghadaman yang tidak teratur .
8) Kaya dengan vitamin dan mineral semulajadi .
9) Memulihkan sel-sel urat besar .
10) Membersih dan menambah darah.
11) Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
12) Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.






           Selain madu , korang boleh gunakan PUTIH TELUR . Jerawat akan mudah tumbuh kalau liang pori besar . Dengan menggunakan putih telur , liang pori akan dapat diperketat sekali gus akan membuatkan kulit wajah bersih daripada jerawat .



       
           Caranya senang je . Korang pecahkan sebiji telur , kemudia asingkan putih telur daripada kuning telur . Kuning telur tadi , pandai-pandai koranglah nak buat apa . Tak tahu nak buat apa ? Meh aku bagi idea . Kuning telur tadi korang goreng , lepas tu letak kicap . Sedap gila . Haha . Okay dah . Sambung cerita tentang putih telur tadi . Lepas korang dah asingkan , korang gaul . Kalau tak nak gaul pun tak apa . Lepas korang dah steam muka korang tadi , korang sapu putih telur tadi . Tunggu beberapa minit , korang akan rasa muka korang ketat gila . Muka korang akan jadi tegang gila .




           Selepas beberapa minit , lebih kurang 30 minit , disarankan cuci muka menggunakan air suam . Suam-suam kuku gitu . Jangan guna air panas pulak . Melecur muka anak orang nanti aku pulak yang kena saman . Ingatkan pakai masker putih telur , makin cantik . Ini tidak , makin merah muka . Ha , ingat ya , jangan guna air panas . Guna air suam . Senang cerita korang masuk bilik mandi , buka water heater , control volume kepanasan dia .

           TAPI esok kalau mama korang cari telur lepas tu tanya "Eh ada nampak telur yang semalam tinggal sebiji dalam peti ais tu tak ?" Kahkahkah korang mengaku jelah yang korang guna untuk buat masker malam tadi . Padan muka kalau mama korang suruh pergi kedai beli telur sebab urgent mama nak masak . Haha tapi jangan risau sebab korang akan dapat reward . Pahala berganda-ganda tau tolong mama . Ala pandai-pandailah korang . Korang kan bijak .

       
              TOMATO . Ianya sejenis sayuran yang kaya dengan zat besi serta vitamin A dan C . Bukan itu sahaja , malah ianya mengandungi Fruktosa , Glukosa , garam mineral dan Asid folik . Jika dipakaikan ke wajah , ianya dapat membantu mengecilkan liang roma , mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit . Elemen penyejuk yang mampu menyejukkan kulit yang kasar , astrigen untuk menghapuskan minyak berlebihan dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam sekali gus dapat mengembalikan keremajaan kulit . Jadi , korang tak nak ke grab this apportunity untuk dapatkan kulit yang halus dan mulus macam baby ? Tak mustahil tau untuk dapatkan kulit selembut bayi kalau korang rajin amalkan semua ni .

          


          Caranya , korang belah tomato kepada dua bahagian . Kemudian sapu ke seluruh wajah kecuali bahagian mata . Kalau korang nak sapu juga bahagian mata , aku tak larang . Kalau korang rajin , tetiba keluar hormon rajin , *tetiba* korang blend lah tomato tadi . Kalau korang rajin tahap tenuk , korang tumbuklah guna lesung batu . Acah-acah tradisional gitu . Eh tradisional pun , baik apa . Kalau korang *banyaknya 'kalau korang'* . Ah kisah apa aku . Kalau korang rasa blend dengan tumbuk tadi tak berapa nak menyerap ke dalam kulit , korang lenyekkanlah guna sudu macam gambar bawah ni .


        Kemudian sapu rata ke seluruh wajah seperti gambar di bawah . Punyalah dia gembira pakai masker tomato . Siapa tak gembira kalau banyak vitamin menyerap masuk ke dalam kulit dan hasilnya kulit bertambah licin dan lembut ? Siapa nak ? Okay pergi geledah peti ais mama hang . Hihi *excited terlebih lettew*



          LEMON . Okay aku dah buat beberapa research tentang khasiat lemon ni . Lemon sangat kaya dengan Kalsium , Vit C , Magnesium dan Kalium iaitu antioxidant yang baik untuk kesihatan kulit  . Caranya mudah saja . Korang hiris kepada beberapa bahagian , ambil satu bahagian dan yang selebihnya korang simpan dalam fridge supaya bakteria tidak mudah membiak . Bahagian yang korang ambil tadi , sapu ke seluruh wajah . Elakkan daripada menyapu ke bahagian yang berdekatan dengan mata kerana ianya dapat memedihkan mata . HATI-HATI tau .


           Jerawat , liang pori besar , kulit berminyak ,  bintik hitam . Semua itu menyebabkan kita kurang keyakinan diri untuk tampil ke hadapan . Jangan risau kerana lemon mampu merawat semua masalah anda . Sapu ke tempat yang bermasalah . Korang akan rasa pedih sikit sebab lemon mengadungi asid yang tinggi , tapi ianya mampu merawat masalah korang tau . Tapi kalau korang tak yakin , sila jangan buat ya .





          Masker timun . Bila korang pakai , korang akan rasa macam pedih sikit . Actually bukan pedih , tapi gatal . Dia macam nak bunuh bakteria yang ada dekat kulit muka kita . Okay korang ambil timun , blend  atau tumbuk guna lesung batu . Kalau korang memilih untuk blend , jangan letak air banyak sangat tau . Ingat . Korang nak buat masker bukannya nak buat jus timun . Ala pandai-pandai koranglah . Kalau korang dah biasa tolong mama masak , korang sure tahu takat mana air yang kena letak . Ehem . Ke . . korang tak pernah masuk dapur ni ? Amboi anak dara bertuah . Kalau yang rajin tolong mama masak dekat dapur tu , Ya Allah bagus bebeno . Dah boleh kahwin dah ni . Haha okay itu ayat yang selalu aku cakap dekat bestfriends aku kalau diorang berjaya buat kek .


           Okay setakat ini sahaja yang aku tahu . Lain kali , kalau aku dapat petua atau tips , in shaa Allah akan aku kongsikan bersama korang . Yang penting sebelum pakai masker ni , korang kena cuci muka guna pembersih muka . Lepas tu wapkan muka korang . Kemudian baru korang pakai masker yang korang nak . Pakai lebih kurang dalam 30 atau 45 minit . Kalau korang pakai sampai pagi esok lagi bagus . Seelok-eloknya pakai segala masker ni , malam lah sebab pagi sibuk dengan kerja , belajar semua tu kan . Malam baru ada masa nak manjakan diri . Manjakan diri dengan bahan semula jadi tak apa . Jangan manjakan diri dengan pakwe sudah . Takde faedah . Kalau manjakan diri dengan suami tu , awww so sweet . Dipersilakan kerana segalanya sudah halal dan apa yang korang buat untuk suami , korang akan dapat pahala yang berganda . *cakap macam aku dah kahwin pulak* .

          Selamat mencuba dan . . .



Saturday, 15 February 2014

THINK a.k.a FIKIR

     Okay ini kali aku memang nak luahkan apa yang terbuku di hati sejak aku Tingkatan 1 lagi .


     Bila sebut je sekolah agama , lagi-lagi yang berprestij tinggi , semua macam woahh ! Dan terus judge pelajar sekolah tu semua SURE baik gila . Sampai ada orang anggap pelajar sekolah tu semua malaikat yang tak pernah buat dosa . Bila sebut nama sekolah kebangsaan pulak , semua macam pandang rendah . Terus judge "budak sekolah kebangsaan ni teruk" "budak sekolah kebangsaan ni rosak" . 


     Aku sangat tak berpuas hati sebab aku sendiri pernah sekolah agama dan pernah sekolah di sekolah kebangsaan di mana mata pelajaran agama hanyalah Pendidikan Agama Islam manakala sekolah agama lebih menekankan mata pelajaran agama seperti Tauhid , Tasawuf dan Fiqah . Daripada situ orang melabel budak sekolah agama banyak ilmu kalau nak dibandingkan dengan budak sekolah kebangsaan . Well said , it's kinda true . TAPI buat apa banyak ilmu kalau tak diamal ? Takkan sekadar hanya untuk ditunjuk atau dipamerkan ? Kalau yang amal tu baguslah . Yang aku nak cakap ni , orang yang tak amal .



            ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON YANG TIDAK BERBUAH !


      Masa aku sekolah agama dulu , pernah aku ke depankan sikit tudung tu . Tudung tu labuh dan tetap tutup aurat kalau dibuat macam tu pun . Ada seorang hamba Allah ni tegur aku . Okay aku terima dengan hati yang terbuka . Lepas tu bila dah beberapa bulan , aku ambil keputusan untuk pindah ke sekolah kebangsaan sebab tak boleh masuk sekolah agama yang under kerajaan sebab aku tak ambil PSRA  . Sekolah rendah aku tak wajib ambil , so aku dengan 'pandai'nya memilih untuk tak mengambilnya sebab masa tu sekolah wajibkan ambil UPSR dengan SPPM ( Sijil Pentaksiran Pelajar Musleh) . Bila si hamba Allah tadi tahu , wuish ! Mulut dia "well Hazieqah lepas ni lebih singkatlah ya tudung you" katanya sambil mempamerkan senyuman yang penuh dengan keperlian . Fuhhh dengan sabarnya aku jawab "ohh tulah , biar sejuk sikit" padahal takde niat pun aku nak cakap macam tu . Saja nak bagi dia panas . Sebab bagi aku , yang penting pakai tudung tutup dada . Dia dekat luar sekolah , pakai tudung pun bukan labuh . Pakai tudung biasa je . Itu persepsi aku yang dahulu . Aku yang dulu bukan yang sekarang . Sekarang , Labuh itu lebih indah .


     Aku benci orang hipokrit . Tersangat benci . Pernah je aku tengok budak sekolah agama , dalam sekolah pakai tudung labuh , keluar je sekolah fewwww tudung tadi terbang . Pernah je aku tengok budak sekolah kebangsaan pakai tudung labuh . Sebab apa ? Sebab iman masing-masing terletak pada diri masing-masing . Kalau dia kata NAK , maka NAK lah jadinya . Kalau dia kata sebaliknya , maka terjadilah yang sebaliknya . Siapa kita nak judge orang lain ? Siapa ? 


     JANGAN PANDANG ORANG LAIN SEPERTI MEREKA PENDOSA TANPA NOKTAH TAPI PANDANGLAH DIRI KITA SEPERTI KITA INI PENDOSA TANPA NOKTAH .


    Tegur orang itu bila dia salah dan bukannya menjahanamkan dia . Dalam erti kata lain , kau buat semangat dia lagi jatuh , luntur ! Ada orang , yang perlu ditegur dengan cara lemah lembut . Dan ada orang yang perlu ditegur sampai Adrenalin dia keluar sampai dia berpeluh peluh kena tegur dengan kau . Mula-mula orang tegur baik kau taknak dengar . Kau pekakkan telinga . Dan orang yang macam ni lah yang kita kena tegur dengan cara yang agak brutal . Brutal tu bukannya aku suruh kau belasah dia . Tapi tegur tu dengan ayat sentap sikit . Biar dia rasa . 


     Sememangnya sifat aku yang kasar dan cakap main lepas yang kadangkala akan buat orang terasa hati . Tapi bagi aku lebih baik cakap jujur walaupun itu menyakitkan daripada kita cakap perkara yang bohong yang menyenangkan telinga orang yang mendengar . BUAT APA ? Oh aku pasti ada budak sekolah agama kat luar sana , yang terbaca blog ni , bermonolog "aku rasa macam nak cekik je budak yang tulis blog ni" . Satu je yang aku nak kata , 


                     SIAPA MAKAN CILI SUMPAH DIA AKAN RASA PEDAS !



       Aku tak kata semua budak sekolah agama macam tu . Ada yang baik dan ada yang sebaliknya . Semuanya bergantung pada diri sendiri . Tak guna sekolah agama kalau SOLAT kau tunggang-langgang . Tak guna sekolah agama kalau kau hisap ROKOK . Tak guna sekolah agama kalau kau hisap SHISHA . Tak guna sekolah agama kalau kau tak reti jaga AURAT kau .



           Ini yang aku paling tak suka . Aku tak suka bila tangan aku dah menaip , semua benda keluar dari kepala otak aku ni . Semua ayat yang aku sendiri taip , bila aku baca , aku sendiri yang sentap . Memang , aku tulis entry ni untuk tatapan umum dan juga untuk aku tatap . Aku taip , aku baca , aku terasa . Dengan cara aku tulis , aku dapat tegur orang lain pada masa yang sama , aku menegur diri aku sendiri . Sebab itu aku cintakan penulisan . Tapi aku lebih suka ah taip dekat laptop daripada tulis tangan sebab tulisan aku tak berapa nak comel . Aku rasa comel , tapi kawan-kawan aku kata tak comel . Nak buat cemana . Haih *mengeluh*


       Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang dari diri aku sendiri . Assalamualaikum . Jawab salam tu . *waalaikumussalam . Wajib jawab salam . Dan sunat memberi salam . : )

Saturday, 1 February 2014

MASA DEPAN . *ceit*

Perempuan .

Akan ada satu masa dia menangis teresak-esak tanpa dia ketahui puncanya .

Mungkin kerana menyesali kesilapan lampaunya ?

Mungkin kerana berkecil hati dengan orang sekelilingnya ?

Mungkin kerana hatinya perit kerana sering disakiti oleh insan bergelar lelaki ?

Mungkin juga kerana hormonnya yang tidak seimbang ?

Mungkin juga .


     Entah mengapa . Tidak tahu bila . Hati ini terdetik untuk belajar mencintai Ilahi dengan sepenuh hati tanpa meninggalkan sedikit pun ruang untuk insan bernama lelaki ajnabi . Biarkan aku terus istiqamah dalam mengejar cinta Ilahi . Aku inginkan syurga-Nya . Aku tidak mahu neraka-Nya . Dalam hati ini hanya ada Allah , Rasulullah , keluarga dan sahabat . "Macam tengah putus cinta je" mungkin itu yang bermain dalam fikiran korang sekarang , kan ? Tidak . Masakan aku putus cinta , jatuh cinta jugak tidak .

     Sekarang ni aku hanya fikirkan masa depan . Lepas dapat result Spm , in shaa Allah aku ingin sekali melanjutkan pelajaran di Matrikulasi dalam bidang perakaunan . Memang aku ambil science stream masa Spm masa tu . Dalam masa yang sama aku pun ambil Akaun . Aku lebih cenderung pada Akaun . Aku mula jatuh cinta dengan subjek Akaun sejak aku tuisyen dengan Mr.Sugu . Siapa tak kenal Mr.Sugu ? Aku tabik betul dekat Sir sebab cara Sir ajar tu , buatkan pelajar yang tak minat Akaun , mula minat dengan Akaun .

     Okay berbalik pada cerita Matrikulasi . Lepas habis Matrik , in shaa Allah aku sambung Degree . Lepas graduate , aku akan bekerja . Bekerja dekat mana ? Manalah aku tahu . Aku baru plan je . Lepas bekerja dalam beberapa tahun , aku nak sambung Master . In shaa Allah masa tu baru aku cari bakal suami . Kalau malas sangat , aku minta tolong jelah dengan ayah aku . Ayah aku ramai kenalan . Kot kot dapat anak tok imam ke . Hihihi *menggatal je kau Azie* . Mama aku kata , kalau nak cari suami tu , carilah yang lebih tua beberapa tahun daripada kita . Dan yang paling penting , lelaki tu mesti berpegang kuat dengan ajaran Islam .  Sebab kalau dia berpegang kuat dengan Islam , maksudnya dia seorang yang bertanggungjawab pada diri sendiri . Pada masa yang sama , dia akan bertanggungjawab kepada orang di sekelilingnya .

                                             " HALAL ITU LEBIH INDAH "

     Cinta selepas nikah lebih indah . Ya . Aku sokong 120% .