Aku masih punya mereka . Sahabatku yang sedia meminjamkan bahu mereka untukku . Sedia menyeka air mata yang jatuh di pipi . Sedia memberi nasihat tika jiwaku kekosongan . Sedia menegur jika aku melakukan kekhilafan .
Aku sedar itu . Aku menyayangi mereka kerana Allah . Ku sematkan dalam hati ini ketika pertama kali bertemu mereka , "Kita bertemu dan berpisah kerana Allah wahai sang sahabat" . Bukan mudah untuk aku menemui sahabat sebaik mereka . Sesetia mereka . Sesabar mereka . Tanpa mereka , aku pasti langkahku lemah longlai . Tanpa mereka aku tidak tahu apa itu erti 'Bangkit' . Tanpa mereka aku jatuh dan sukar untuk kembali bangun menghadapi kenyataan . Kenyataan yang sudah pasti menyakitkan .
Semangat . Itulah yang mereka hulurkan kepadaku . Aku bangkit semula walau beberapa kali aku pernah kecundang . Kerana itulah aku lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan . Kerana cinta itu , jika putus sukar untuk bersambung . Tetapi sahabat , walau seteruk mana ianya dikecam , ia takkan mudah untuk rapuh .
Sungguh aku menyayangi mereka . Nurul Sabrina bt Mohd Razif , Nur Sheliza bt Kamarudin dan Shahrulnizar bin Ruslee . Sahabat-sahabatku , aku menyayangi kalian kerana Allah . Walau suatu hari nanti rohku berpisah dari jasad , perasaan itu akan tetap ada untuk kalian . Semoga Allah ketemukan kita di syurga nanti . Terima kasih kerana ada saat aku memerlukan kalian .
Kiss The Rain
Thursday, 28 November 2013
Perpisahan ini .
Perpisahan .
Perpisahan ini tidak diminta .
Ianya berlaku dalam sekelip mata .
Berlaku tanpa aku menyedarinya .
Sedar bahawa selepas ini mungkin sukar untuk aku bertemu dengan mereka .
Siapa mereka ?
Teman seperjuanganku .
Teman suka dan duka .
Teman dimana aku telah bersama dengan mereka sejak 2 tahun lalu .
Nama 5 Sains 2 akan tetap terpahat di hati ini .
Ada satu suara berbisik "Kau akan rindukan mereka" .
Ya . Aku merasainya . Saat aku melangkah keluar dari dewan , aku terus melulu . Mengemas apa yang patut dan terus berlalu pergi . Sempat ku ucapkan "Selamat tinggal" kepada beberapa temanku . Dan aku terus berlalu pergi tanpa berpaling walau sedikit pun . Aku tidak mahu menangis di hadapan mereka .
Bercerita tentang menangis , pagi itu sebelum peperiksaan bermula , seperti biasa namaku dipanggil untuk naik ke atas pentas untuk membacakan doa . Aku sedikit emosional pagi itu . Aku menangis semasa mengungkapkan doa . Aku bukan menangis kerana stress dengan peperiksaan . Tetapi aku menangis kerana aku dapat merasakan bahawa Allah sedang mendengar doa kami . Wahai Allah , sungguh saat itu aku merasai ketenangan yang luar biasa . Terima kasih Allah .
Setelah berakhirnya SPM untuk hari yang ke-2 , aku sedar . Betapa bosannya hidup tanpa persekolahan . Andai masa dapat diundurkan kembali , aku ingin sekali menikmati saat indah semasa di sekolah . Sayang . . . Masa itu takkan berpaling malah terus berlari . Aku yang sepatutnya mengejarnya . Maka tamat sudah zaman persekolahanku .
Aku akan merindukan setiap guru yang pernah mengajarku . Aku akan merindukan setiap teman yang berkongsi kelas denganku . Aku akan merindukan kelas yang menjadi tempat untuk aku belajar , bergelak ketawa bersama teman . Aku akan merindukan setiap bangunan sekolah yang berdiri teguh sejak dari dulu . Dulu tu bila ? Aku pun tak tahu . Haha .
Terima kasih kerana sudi membaca . Ntah mengapa tanganku ini lebih cenderung untuk menulis bahasa Malaysia yang sebetul-betulnya . Agak skema disitu . Tapi tak mengapa . Aku pasti suatu hari nanti , bila aku membaca entry kali ini , pasti ketawaku akan berdekah-dekah saat itu . Mengenangkan aku yang terlalu skema menulis blog dengan menggunakan bahasa nian indah . Okay . Assalamualaikum :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
