Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini cuaca dilaporkan panas terik. Kejadah apa aku merepek ni. Okay hai serius lama gila aku tak sentuh blog aku ni. Ala kalau aku tulis entri pun bukan ada orang nak baca. *nangis kat hujung bucu katil*.
Okay 10 months ago, i've written an entry pasal aku dapat tawaran ke Matrikulasi Kelantan a.k.a KMKt en. Alhamdulillah aku dengan jayanya telah lulus dan tamat program matrikulasi. Result? Alhamdulillah tak sepandai korang yang dapat poplet. Aku dapat 3. something . Tapi Alhamdulillah aku dapat buktikan kepada orang-orang sekeliling aku bahawa matrik tak sesusah yang disangka dan matrik tak sesuka hati tendang korang tanpa sebab. Kalau korang tak study, tiap minggu asyik outing dengan kawan, berjimba sana sini, memanglah dapat result teruk.
Okay actually aku ada tips yang aku dapat hasil pantauan ke atas pelajar-pelajar yang berjaya dapat poplet ni. Korang ni paham ke idok dari tadi aku dok sebut POPLET POPLET. 4 flat lah. Ayoyo dey maple katle podah. Satu je sebenarnya. Korang kena tumpukan perhatian masa lect tengah mengajar kat kuliah. Jangan ah tidur. *eceh hengko azie cakap orang, hengko pun tidur kadang-kadang*. Weh mana tak tidur kalau lect ajar dengan intonasi macam nak dodoi baby. Ha ! Tips kedua, bawa GULA GULA yang pedas. Kalau ngantuk korang telan lah gula gula tadi. Bawa banyak sikit. Sebab berdasarkan pengalaman aku, kawan kawan sekeliling korang akan perhatikan je tindak tanduk korang yang sedap menelan gula gula tadi. Especially lelaki.
Aku ada sorang kawan laki ni ah, classmates yang hari hari kalau ada kuliah, ayat dia satu je. "Hazieqah, ada gula-gula tak?" *senyuman yang paling manis diberi*. Konon manis ah senyuman dia tu. Asal gula gula je aku, asal aku je gula gula. Aku pun bagilah dia dengan kawan-kawan dia sekali kalau ada lebih. Senang cerita setiap hari kalau aku ingat, aku akan bawa gula gula cukup untuk class aku tapi kadang ada juga yang tak dapat. Maaflah ya korang.
Duduk asrama ni jangan lokek sangat. Well aku faham gila dengan masalah students ni. Korang lebih banyak habiskan duit untuk makanan kan? Aku pun sama weh. Setiap kali belajar mesti nak mengunyah. Lect aku kata standard lah student makan banyak sebab dia kena banyak berfikir. Kalau ada kawan yang tak ada duit hujung bulan sementara nak tunggu elaun masuk tu, kalau korang ada duit lebih, apalah salahnya beri dia pinjam. Kalau korang ada duit lebihlah. Aku tak paksa. Cuma aku nak cakap, hidup ni kadang kita kat atas dan kadang kita kat bawah. Satu je, ingat sentiasa bahawa setiap amal baik yang kita buat, Allah akan bagi ganjaran. Allah kan Maha Pemurah .
Kenangan di matrik memang tak akan pernah aku lupakan. Gelak tawa, suka duka, nangis merajuk, mengada menggedik dengan kawan memang setiap moment tu aku akan ingatlah. Kawan yang sentiasa ada through my ups and downs tak ramai. Well kuantiti tak penting, yang penting kualiti. Roomate aku. Nur Syhida bt Mohd Jamil. Memang rutin harian aku, setiap kali celik je, memang kerja aku menyakat dia jelah. Ada je idea aku nak sakat dia. Tak lama sikit, datang sorang lagi. Jiran sebelah bilik. Nurul Nabilah bt Bakar. Budak sorang ni memang kerja dia mengacau aku tidur je. Dalam dunia ni takde siapa yang berani kacau aku tidur selain adik bongsu aku weh. Ni masuk matrik, datang pulak makhluk asing yang berani mengganggu tidur beta. Beta murka. Kehkehkeh. Dia sorang jelah yang berani kacau tidur aku. Syida pun tak berani kejut aku weh. Apa aku ni garang sangat ke? *fikir jap* Emm garang lah jugak. Kah. Selain mengacau aku tidur, kerja dia merampas dan memeluk bantal busuk aku. Weh dekat rumah adik-adik aku suka sangat peluk bantal busuk aku. Kat matrik dia mengambil alih. Apa pun, aku sayang gilos korang. Till we meet again. Fi hifzillah. Semoga sentiasa dalam jagaan Allah.
Dua dua makhluk asing tu stay Johor. Johorean weh. Kalau ada bola JDT vs Kelantan punya pasukan, riuh weh satu KMKt. Sebab majority KMKt datang dari Johor. The 2nd majority was Selangor. Sekarang tak tahulah pulak. Tak dilupa kawan sekelas aku, Tirah, Mai, Puteri, Syafreena, Syahirah, Atiqah, Syarah, Nurin, Nora, Riza, Syuraih, Irsyad, Farhi, Adam. Koranglah yang mencorakkan diari matrikulasi aku sepanjang aku kat sana. Terima kasih korang. Semoga kita bertemu lagi pada masa akan datang. Korang sentiasa dalam doa aku. Semoga kita semua berjaya menggapai cita cita kita demi menaikkan martabat Islam di dunia ni. In shaa Allah.
End up aku sakit perut sebab terlampau excited nak tulis entri ni. Nantikan entri akan datang jeng jeng jeng. Entri akan datang tu aku tak tahu bila. Bila ada idea aku buat entri baru eh. Babai korang. Oh satu aku nak pesan, *dari tadi dok satu nak pesan satu nak pesan, ni dah berapa kali pesan azie oi*. Alahhh aku lupa ni pesanan ke berapa, cuma satu je lagi, jaga SOLAT, jaga IMAN, jaga AURAT. Lelaki dan perempuan. Kalau tak sempat jumpa di dunia, kita jumpa di Syurga nanti ya. Kalau dekat Syurga tu korang tak jumpa aku, katakanlah pada Allah, kita sama sama buat baik dulu. Tolong tarik aku ke syurga bersama korang. Sayang korang lillahi taala.
 |
| Classmates yang riuh dengan pelbagai ragam dan watak |
 |
| Syida dan Nabilah yang memang penat melayan perangai aku yang tak semenggah ni xD |
 |
| We're twins |
 |
| Weh nampak je ayu gitu, tapi kalau pukul aku sakit gila hengko tahu |
 |
| Mengidam makan kek punya pasal okaylah kitorang beli kek makan sampai buncit |
 |
| Kenangan dengan korang memang takkan pernah aku lupakan weh |
 |
| Budak berempat ni memang kerjanya berkepit je. Kembar 4 katanya. |
 |
| Syahirah dan Atiqah, classmates yang paling pendiam tapi ramah |
 |
| Credit to Izzat sebab snapkan gambar masa aku tengah acah acah kuch kuch ho tahe atas rumput yang tak berapa nak subur |
 |
| Outing reramai pergi Seoul Garden |
 |
The only guys in our class. Farhi , Syuraih , Irsyad , Adam . |
 |
| Puteri dengan gaya ultromen taro nya x) |
 |
Okay last, gambar masa Malam Gala untuk Jurusan Perakaunan .
Okay sampai situ je entri kali ni . Aku nak korang tahu yang aku sayang korang. Kita bertemu berpisah kerana Allah. Till we meet again, A2T1
|