Kiss The Rain

Friday, 25 April 2014

Tawaran ke Matrikulasi

              24 April 2014 , Kira-kira pukul 1 pagi , aku dapat whatsapp dari group bestfriends aku . Punya riuh pasal tawaran ke matrik . Okay tak dinafikan aku berdebar-debar baca text yang Biena taip . Dia check kan untuk aku guna sms sebab masa tu kredit aku dah expired walaupun kredit aku masih ada RM15.45 . Nak topup malas . Nak check dekat internet , KPM tak update lagi sebab tengah tengah malam buta , siapa nak update ? 


             Keputusannya  . . . .  





          
             Aku dapat tawaran ke Matrikulasi Kelantan bahagian akaun . Alhamdulillah . Biena pun sama . Yeyyy .Tapi shel tak dapat . Takpelah . Bukan rezeki kita dapat matrik yang sama . Lepas baca tu automatik perut aku sakit gila . Aku memang kalau dah excited terlebih atau cuak terlebih , kecut perutlah jawabnya . Sakit gila perut time tu . Haha nampak tak ke-excited-an aku disitu ? lol 


            Okay inilah masanya untuk aku belajar sungguh-sungguh sama seperti yang telah aku janjikan pada post yang lepas . Aku tak tahu kenapa ayat aku dalam post ni tunggang langgang sikit . Bukan sikit , banyak . Otak dah berkarat atau excited jugak ? Entah .


            Yang terharunya , kakak aku yang selama ni asyik gaduh je dengan aku , takdelah selalu . Kadang-kadang je . Dia peluk aku sambil menangis sebab dia kata nanti aku jauh dari dia . Dah takde kawan nak gaduh . Sejujurnya aku pun sedih sangat . Mama yang tengok kitorang berpeluk tu pun nangis . Petang tu , aku bagi makan kuda aku . Bukan kuda aku , kuda ayah aku . Baru sebulan kitorang beli dia .  Nama kuda tu Chiko . Dia suka sangat kalau aku bagi dia makan carrot . Petang tu jugak aku menangis . Hmm angah akan rindukan kau Chiko :'( 


            Pada masa yang sama , aku takut sesi pembelajaran kereta aku kelang kabut . Mana taknya , aku baru 2 kali pandu kereta . Bila nak belajar lagi . Cepatlah jpj . Aku nak ada lesen P sebelum pergi sambung belajar tu . Tak nak aku ulang pergi kursus L , bla bla bla . Hish jurulatih yang ajar aku memandu tu , cepatlah sikit . --' . *Tak puas hati ni* . 



Friday, 11 April 2014

Luahan perasaan

          Duduk terperap di rumah sememangnya sangat membosankan . Hati ini meronta-ronta inginkan kebebasan . Kalau tak banyak , sedikit pun jadilah . Bukan bebas nak ke mana , hanya ingin keluar bersama ex-classmates .Tapi tulah . Kalau minta kebenaran parents pun , bukannya selalu dapat . Langit tak selalunya cerah *tetiba* . Aku akui terkadang ada perasaan yang ingin memberontak sebab tak boleh buat itu ini . But when I tried to put myself in my parent's shoes , aku sokong tindakan mereka . Keinginan remaja jangan diikut sangat . Tapi tetap aku rasa bosan . Kadang-kadang rasa bosan tu sampai membuatkan aku menangis . *Gila kentang azie nangis* . Haha tapi tulah nak buat macam mana .

 
             
        Tapi hidup ini tetap harus diteruskan ! Aku tak sabar sabar nak belajar balik . Aku nak belajar sungguh sungguh . Kalau dapat matrik , in shaa Allah aku pilih . Walaupun banyak suara yang kata matrik kena struggle , akhirnya dalam seribu suara yang mengatakan JANGAN PILIH MATRIK , ada satu suara yang berkata PILIHLAH MATRIK ! Ada sorang kakak ni , dia kata kat aku sebenarnya struggle tu bukan bererti kena belajar 24 jam . Cuma kena tumpukan perhatian , siapkan assignment and jangan main main lah senang cerita . Aku memang minat cabang perakaunan dan bisnes ni . Mungkin darah yang mengalir dalam badan aku ni nak ikut macam parents aku kot . Ditambahkan lagi dengan ustazah yang tasmik bacaan aku tu , akauntan . Jadi aku pun terus bersemangat walaupun masa spm takdelah banyak mana A's aku .


         Tapi memang aku dah bertekad kalau aku dapat masuk matrik , (tak kiralah matrik ke U ke) aku akan belajar bersungguh-sungguh . Aku takkan hampakan harapan parents aku ! Itu janji aku ! Sungguh . Aku terlalu selesa dengan pencapaian aku masa pmr dulu . Masuk kelas sains yang kedua . Aku mula lalai . Dan akhirnya aku sedikit kecundang semasa spm . A's aku sikit tapi aku tetap bersyukur sebab tak ada yang gagal . Lepas je dapat result and tunjuk dekat mama , aku dapat lihat riak wajahnya di situ . Walaupun mama kata "Alhamdulillah " , tapi tetap aku dapat rasakan ada sedikit kekecewaan di sebalik senyuman di bibir wanita yang ku panggil mama . Sebak hati ini . Hanya Allah saja yang tahu betapa aku sedih melihat insan yang amat ku cintai , berasa kecewa walaupun ianya dilitupi dengan senyumannya itu . Aku jadi murung . Menangis .


          Lalu aku berfikir , tiada gunanya aku menangis  . Kenapa aku terlalu selesa dulu . Perlahan lahan aku cuba mengumpul kekuatan . Aku kumpul kembali semangat dan aku tanamkan azam dalam diri , aku akan lakukan yang terbaik selepas ini ! Aku janji ! Aku ingin kembali melihat senyuman yang indah dari bibir mama . Ya . Aku janji aku akan lakukan yang terbaik . Aku takkan sia-siakan peluang yang ada . Aku akan buktikan kepada dunia , bahawa aku boleh . Aku bisa berjaya dan menggapai cita-citaku . Hanya Allah saja yang tahu betapa kuat dan kukuhnya semangat ini . Aku takkan gentar . Benar . Aku janji pada diriku , aku akan buat sehabis baik pada masa akan datang .


                    Itu janji aku !