Kiss The Rain

Thursday, 28 November 2013

Penawar Duka

     Aku masih punya mereka . Sahabatku yang sedia meminjamkan bahu mereka untukku . Sedia menyeka air mata yang jatuh di pipi . Sedia memberi nasihat tika jiwaku kekosongan . Sedia menegur jika aku melakukan kekhilafan .

     Aku sedar itu . Aku menyayangi mereka kerana Allah . Ku sematkan dalam hati ini ketika pertama kali bertemu mereka , "Kita bertemu dan berpisah kerana Allah wahai sang sahabat" . Bukan mudah untuk aku menemui sahabat sebaik mereka . Sesetia mereka . Sesabar mereka . Tanpa mereka , aku pasti langkahku lemah longlai . Tanpa  mereka aku tidak tahu apa itu erti 'Bangkit' . Tanpa mereka aku jatuh dan sukar untuk kembali bangun menghadapi kenyataan . Kenyataan yang sudah pasti menyakitkan .

     Semangat . Itulah yang mereka hulurkan kepadaku . Aku bangkit semula walau beberapa kali aku pernah kecundang . Kerana itulah aku lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan . Kerana cinta itu , jika putus sukar untuk bersambung . Tetapi sahabat , walau seteruk mana ianya dikecam , ia takkan mudah untuk rapuh .

     Sungguh aku menyayangi mereka . Nurul Sabrina bt Mohd Razif , Nur Sheliza bt Kamarudin dan Shahrulnizar bin Ruslee . Sahabat-sahabatku , aku menyayangi kalian kerana Allah . Walau suatu hari nanti rohku berpisah dari jasad , perasaan itu akan tetap ada untuk kalian . Semoga Allah ketemukan kita di syurga nanti . Terima kasih kerana ada saat aku memerlukan kalian .

No comments:

Post a Comment